Pembinaannya
pada tahun 1154. Hanya tiga tingkat daripada lapan tingkat menara itu yang
dapat disiapkan sebelum menjadi condong disebabkan oleh kelembapan tanah liat
yang tidak dapat menyokong keseluruhan bangunan itu. Menara yang mempunyai ketinggian
56 meter ini didapati semakin senget dan keadaan ini telah mencetuskan
kebimbangan kepada para arkitek bahawa bangunan ini tersembam ke tanah dalam
sedikit masa lagi. Namun begitu, selepas hampir setahun berlalu, Menara Pisa
masih berdiri dengan kukuh dan berbagai-bagai usaha telah dibuat untuk
memastikan binaan ini terus berada pada posisi asalnya. Sebagaimana binaan
lain, pembinaan Menara Pisa mengambil masa 200 tahun untuk disiapkan. Pembinaan
menara ini tergendala beberapa kali kerana keadaan tanah yang mendap dan
masalah kewangan.
Para
jurutera yang membina menara ini berasa ragu-ragu untuk meneruskan kerja-kerja
pembinaan kerana khuatir bangunan ini akan tumbang sebelum dapat disiapkan.
Biarpun kebimbangan itu berasas tetapi tidak pernah menjadi kenyataan, lantas
menjadikan menara ini terus diselubungi dengan misteri mengenai kedudukannya
yang senget itu. Arkitek yang bertanggungjawab membina menara ini ialah Bonanno
Pisano. Beliau hanya sempat menyiapkan tiga tingkat sahaja sebelum menghilangkan
diri. Terdapat berbagai-bagai jawapan telah cuba diutarakan untuk menjelaskan
kehilangannya.
Ada
pengkaji menyatakan bahawa Pisano berhenti kerana dapat melihat bencana yang
bakal melanda menara itu. Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa menara itu
sengaja dicondongkan oleh Pisano bagi menunjukkan kehebatannya sebagai seorang
ahli arkitek yang tersohor pada zamannya.
Hampir
90 tahun bangunan itu dibiarkan sehingga seorang arkitek bernama Giovanni dari
Simone menyambung pembinaannya. Seperti Pisano, arkitek itu hanya mampu
menyiapkan tiga tingkat bermula daripada tingkat lima, enam dan tujuh. Menara
itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya 80 tahun kemudian dengan pembinaan tingkat
lapan yang berkubah. Dalam kubah itu ditempatkan beberapa buah loceng yang
setiap satunya seberat satu setengah tan. Loceng itu akan dibunyikan bagi
merayakan sesuatu kemenangan dan tanda berlakunya kematian. Kini loceng itu
tidak lagi dibunyikan bagi mengelakkan sebarang getaran yang boleh meretak dan
meranapkan menara itu. Bagi menghindarkannya daripada menyembah bumi, para
saintis telah mengikat menara ini dengan kabel logam. Kabel itu berperanan
sebagai sokongan kepada Menara Pisa yang didapati condong satu inci pada setiap
tahun.
0 komentar:
Posting Komentar