-taman bergantung Babylon ini merupakan sebuah persembahan cinta.
-Taman ini dibina oleh Nebukadnezar II dikhas bagi Amytis, permaisuri
tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media berpusat di
pergunungan Persia (Iran).
-Kemahuan Amytis besar di antara hijaunya pergunungan, serta sejuknya tiupan angin. Keadaan kerajaannya berbeza dengan Babylon.
-Babylon merupakan wilayah datar, kering, dan panas. Ini membuat Amytis
selalu terkenang akan hijaunya hutan Media. Ia rindu kembali ke kampung
halamannya.
-Untuk mengubati kerinduan isterinya Raja Nebukadnezar memerintahkan, untuk membina sebuah taman rendang di dataran tinggi.
-Taman itu dibina di timur sungai Eufrat (Euphrates), sekitar 50 km selatan Baghdad, Iraq.
-lebar taman ini 400 kaki, panjangnya 400 kaki dan tingginya sekitar 80
kaki. Taman ini berdiri di atas ‘alas’ yang diperbuat dari batu bata
yang ditutup aspal dan keramik (tanah liat dibakar).
Berfungsi untuk mencegah masuknya resapan air ke tanah yang berkemungkinan besar akan meroboh kestabilan taman.
-Herodotus mengungkapkan, bahawa taman ini terletak di dalam dinding istana yang berlapis emas yang panjangnya mencapai 56 mil.
-Jalan taman ini sangat lebar hingga membolehkan kereta yang ditarik empat ekor kuda untuk berpatah balik.
-Di sini juga berdiri kuil-kuil pemujaan yang berisi patung dewa dari emas.
-Taman ini dibuat bertingkat, lebih tinggi dari bangunan lain di kota Babylon, menimbulkan ilusi ‘tergantung di udara’.
-Kesan ini makin jelas bila taman dilihat dari balik rumah-rumah penduduk.
- Semua tanaman akan kelihatan tergantung di atas atap perumahan. Inilah sebabnya kenapa taman itu dinamakan taman tergantung
-taman itu dibina oleh Nebuchadnezzar untuk menghibur isterinya yang
sangat suka berada di daerah yang dikelilingi oleh pergunungan.
0 komentar:
Posting Komentar